Allohumma sholli'alaa sayyidina Muhammad

30 Januari 2013

Sari'at, khakikat, Tarikat, Mak'rifat

“Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika Syariat dan Thorikat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya.”

Fakir Suluk mulakan bicara dengan Taufiq yang diberikan oleh Allah Taala Yang Ampunya Pengetahuan.

Adapun perkataan Syariat, Thoriqat, Hakikat dan Makrifat walaupun ianya berlainan pada sebutan tetapi dari segi tujuannya adalah satu jua iaitu sekelian itu “Syariat”. Berlainan pada lafaz atau sebutan-sebutan ini adalah kerana berlainan hantaran jua seperti yang akan dibincangkan dalam bab ini Insya Allah. Kata Sheikh Al-Islam Sulaiman bin Shodiq dalam kitabnya Mizaan Al-’Aqala’ bahawa tiap-tiap satu daripada perkara-perkara tersebut ada dua hantaran maknanya iaitu;

* Makna Lughowi (dari segi bahasa) dan
* Makna Istilah (dari segi syarak)

Adapun tiap-tiap satu daripada empat perkara itu atas sekira-kira makna lughowi (bahasa) iaitu;

* Syariat adalah kenyataan
* Thoriqat adalah jalan
* Hakikat adalah sebenar
* Makrifat adalah mengenal.

1. Penerangan Mengenai Syariat. >> lanjut...